Powered by Blogger.

AUTHOR



Assalamua'laikum bloggers. Nama saya Beeha Azman *nama penuh dirahsiakan,hehee*. Beeha start blogging October 2015. Sangat sangat lah baru dalam dunia blogger ini. Dilahirkan pada February 1997. Jadi tahun ini Beeha berumur 19 tahun. Beeha anak kedua daripada empat adik beradik. Satu-satunya pelakon Korea yang aku tertarik hanyalah Lee Min Ho. Hehee. Tercetusnya minat nak blogging ini datang dari adik Beeha sendiri. Dia start blogging lagi awal dari Beeha sejak dia masuk Tingkatan 1. 

Beeha bekas pelajar MRSM Kepala Batas. Sangat bangga menjadi anak didik MARA. In shaa allah , Beeha akan buat yang terbaik untuk masa depan. Telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014. Alhamdulillah walaupun pencapaian tidak seperti yang diimpikan straight A , tetap bersyukur mendapat 9A1B. Saya student akaun dan juga Biologi. Jadi jangan kelentong saya Biologi susah atau Akaun senang. Haahaaa. Dua dua subjek ada part yang senang dan ada yang susah. Rasa best sebab Beeha dapat belajar dua2 subjek tersebut. Tapi yang tak bestnya, English saya tak sehebat kalian, I only get B+. Untuk yang adik-adik yang belum ambil SPM , study hard ye korang .. English adalah subjek penting dan syarat at least A untuk korang kalau nak apply scholarship MARA.

Tapi Ya Allah, Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Even aku tak dapat A untuk English, Dia bagi kesempatan untuk aku buat persediaan ke luar negara. Secara jujurnya, aku tak yakin aku boleh go further. Aku tahu aku lemah sangat subjek ni sampai rasa pasrah. Alhamdulillah, tungging terbalik, rezeki walau apa pun cara aku dapat juga sambung belajar di luar negara.

Doakan yang baik-baik untuk aku kini dan selamanya. Huhuuu. Beeha nak jadi orang yang berjaya dan pastikan apa yang Beeha nak Beeha perlu capai. "Kalau nak sesuatu berjaya, aku perlu cuba, jangan putus asa"









Share
Tweet
Pin
Share