Tips Untuk Kuruskan Badan



Hai bloggers!! *gembiranya yea rasa sampai kembang2 badan Beeha ni sebab orang puji kita kurus. Huhuuhuu. Macam syok sendiri pulak kan.?


"So, whats your tips Beeha to maintain your body?
"Beeha kau ni kurus dah laa, tak perlu bersenam pun takpe."
"Beeha macam mana nak kurus macam kau nih..??"


So, basically ni lah soalan yang selalu kawan-kawan cakap dekat Beeha. Tapi, I tak de laa nak kembang ke sebab diaorang puji , tapi bersyukur laa dapat jauhkan diri dari penyakit obesiti or seangkatan dengannya. Apa yang Beeha nak tekankan dekat sini, kesihatan perlu dijaga. Kalau takat berisi sikit-sikit tu jangan la terasa yea dengan apa yang Beeha cakap ni yea.? Nanti I merajuk. Hehee Solutionnya, jum sama-sama ikut cara Beeha kay. In shaa allah dengan cara ni, berat akan turut sedikit demi sedikit. Yang penting kena RAJIN lah.!


Tips-tips Beeha :


1. Makan 3-4 hidangan kecil sehari.

Caranya, dalam sehari tu korang hadkan hidangan korang untuk sekali makan. Jangan terlalu banyak jenis lauk korang amik at one time. Makan berpada-pada je, tapi korang boleh ulang makan after 5 hours macam tu.. Contohnya, tengah hari pukul 12 korang amik ayam dengan sayur dan nasi satu senduk penuh . Kemudian , dalam pukul 5 petang macam tu korang nak makan laksa pulak ke. Kadang2 Beeha makan nasi je lagi pukul 5 ptg tu.. Hahaaaha. Tapi make sure kuantiti tak banyak. Sebab kita nak train untuk perut tak mengembang besar. Lagi banyak kita makan, lagi kembang laa perut tu.. Beeha dah lama amalkan konsep macam ni, lagipun Beeha memang jenis yang tak makan banyak. 

2. Jangan skip hidangan.!!

Ini pun penting juga! Sebab ramai sangat wanita sekarang ambil jalan mudah untuk kurus. Korang ingat skip makan waktu pagi , tengah hari ke boleh bagi cepat kurus?? Tak sayang oii. Nanti korang lagi letih dan cepat nak pitam. Kemudian bila korang skip makan, nafsu korang akan bergelora, membuak-buak nak makan. Ni lah silapnya, nanti korang akan banyak untuk sekali hidangan. So, korang dah langgar tips Beeha yang pertama. Alasan kedua, metabolisme korang akan menurun jugaa.. Oleh itu, make sure jangan skip makan. Untuk malam, korang makan benda ringan selain nasi tapi bukan junkfood yea.. Pastikan koran makan DUA jam sebelum tidur.

3. Minum air masak 4 liter sehari.

Ini dahsyat. Memang banyak Beeha minum air masak. Kalau ikut petua atau gaya hidup sihat kita perlu minum 8 gelas air masak sehari. Air masak tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. 

4. Senaman TAK WAJIB pun!

Haaaa, memang lah tak wajib.. Tapi untuk cepatkan proses korang perlulah amalkan senaman. Bukannya susah pun, again Beeha highlight RAJINN jea yang perlu ada dalam diri. Rajin curi-curi masa untuk bersenam bagi yang sibuk dengan kerja mahupun study.




Gambar di atas tu kiranya one of senaman Beeha buat after abis SPM dulu.. Kalau di asrama , Beeha aktif perminan hoki. So, memang petang-petang Beeha and kawan2 sama pecahkan peluh. Huhuu. Kalau dah malas sangat,  main tali skipping . Itu paling mudah. Sekarang ni macam tak rajin pulak. Heheee. Actually kalau di google macam-macam senaman korang boleh jumpa seperti senaman kuruskan paha, kempiskan perut , kecilkan pinggul...



P/S: Ini Beeha punya tips and cara yang diamalkan untuk maintain kurus. Bagi sesiapa yang ada tips baru or tips yang korang selalu amalkan boleh laa share di ruangan komen. Dengan tips yang korang kongsikan dapatlah memberi manfaat kepada Beeha dan blogger2 yang lain. Terima kasih. :)





You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)